Friday 8 May 2020

Sotong Petai Cili Api





Hai Assalammualaikum wbt, Hari ini Fatin nak share sikit resepi Sotong Petai Cili Api cara Fatin  ni. 
Sebab kan kita alergik udang dan teringin nak makan petai, so Fatin masak lah menggunakan sotong huhuhu --" 
 rasa dia not bad juga lah. ngam lah kalau buat buka puasa ni hehe boleh bertambah makan dengan nasi panas !
 so uollss try lah cara Fatin ni :)


Bahan-Bahan
10 ekor sotong (besar)
5 tangkai petai
garam
gula
 1 sdk sos tiram



Bahan-Bahan (Kisar Kasar)
3 - 4 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inch halia
i inch kunyit hidup
5 - 7 batang cili api hijau
3 - 4 cili api merah
sedikit belacan (pilihan)



Cara Memasak :-
1) panas kan minyak secukup nya untuk menumis bahan-bahan kisar 

2) Setelah minyak dalam kuali panas, tumis semua bahan  sehingga naik bau dan sedikit garing. 
tapi ingat jangs sampai hangit pula ahahahah kang lain pula jadi nya nanti.

3) Kemudian masuk kan 1 sdk sos tiram,  kacau-kacau lah sikit ye bagi rata dalam bahan tumisan kita tu hehehe

4) Masukkan sotong, jangan risau kalau rasa kering sebab sotong tu nanti akan mengeluarkan air. so tak perlu tambah air tau ! 
nanti terlebih pula, dan kita juga taknak sotong tu terlebih masak dan mahu rupa yang kering. 

5) Masukkan garam dan gula secukup rasa, bergantung pada citarasa masing-masing ye --" masukkan petai, kacau sedikit untuk sebatikan rasa sotong dan petai itu :)
Dan.... Siap !!! hehe boleh dihidang bersama nasi panas :) Selamat Menjamu Selera 


Sotong Petai Cili Api cara Fatin ni mudah sahaja. sebab Fatin pakai semua bahan-bahan yang sedia ada di dapur hehe :) 
petai tu kalau takde yang belum kopek --' uollss boleh beli yang dah siap dikopek sebab musim-ii pkp ni memang susah nak cari petai yang jual ikat tu.
For those yang sukakan pedas boleh tambah cili tu ye --'' dan pada sesiapa yang nak kurangkan cili tu pun boleh. 
bergantung tahap kepedasan masing-masing hehe 


Selamat Mencuba .. 

No comments:

Post a Comment